Broadband Murah

Ini sangat menarik.Saya baru saja tahu bahawa DIGI baru sahaja melancarkan plan broadband mereka sendiri.Disebabkan saya malas nak tulis banyak banyak saya tertarik dengan satu pakej dari tiga pakej yang ditawarkan.
Nama pakej broadband DIGI ini dipanggil Discovery pakej.Yuran langganan hanyalah RM58 sebulan.Lebih murah dari Celcom sebanyak RM 10.Pakej asas Celcom broadband adalah RM68 sebulan dengan kelajuan maksima 384 Kbps sahaja.Digi kata kelajuan purata adalah 700 Kbps dan mungkin lebih tinggi jika bilangan pengguna kurang ketika waktu bukan puncak.Jumlah muat turun data adalah sebanyak 3GB untuk sebulan.2GB kurang dari Celcom Broadband.
Point – point yang menarik :
- Tiada yuran pendaftaran atau upfront fee
- Bayaran pendahuluan adalah untuk sebulan sahaja
- Yuran bulanan hanya RM58 dan RM88 jika beserta pakej ansuran bulanan untuk modem sekali selama 12 bulan.Kembali RM 58 setelah masuk bulan yang ke-13.
- Tiada kontrak.Tiada yuran penalti.Hanya perlu bayar baki ansuran untuk modem sahaja.
- Modem anda boleh simpan.Hak milik kekal setelah dah habis bayar ansuran.
- Sangat sesuai jika anda banyak bergerak sekitar Lembah Klang.

Kelemahan mungkin liputan 3G masih kurang berbanding dengan Celcom Broadband jika diluar Lembah Klang.Tapi memang ancaman kepada Celcom bila Digi punya liputan dah establish nanti.
Woo rasa macam mau tukar jer.
Tags: cheap broadband, DIGI, digi broadband
