| Subcribe via RSS

Apa Yang Terlintas Di Kepala Otak Sekarang

February 10th, 2010 | Comments | Posted in Myself

1.Saya penat dengan kerja tetapi masih bersemangat hendak habiskan.Macam mana tuh.Terang skit.Nasib baik ada kak long kak ngah.

2.Kebanyakkan manusia memang suka berbelanja.Kepuasan tentang apa saya pun kurang pasti.Agak ironi melihat status di facebook  mereka declare broke sedangkan masih ada hati hendak berbelanja sakan.Tak paham tak paham.Begitu juga dengan mereka yang beriya iya cakap untuk berjimat tapi saya perhati takder pun langkah untuk ke arah itu.Owhh lupa kata kata kan adalah murah.Modal air liur sudah cukup.

3.Nikon D3000 sangatlah tempting tapi perlukah saya beli sekarang.Ayat no 2 membuat saya fikir banyak kali.

4.Saya suke musim raya cina.Boleh makan limau banyak-banyak.

5.Arsene Wenger, sila belilah pemain baru.Sila tukar Almunia.Tekanan mental laa tengok Arsenal lawan Man United-Chelsea-Liverpool.

6.Astro Byond sangat terbaik walaupun hanya dalam 1080 interlace mode.ESPN HD sangat layan.

7.Proton nak keluar sedan baru.Most probably replacement untuk Waja.Jangkaan adalah variant Lancer sekarang yang direbadge.

8.Time mandi pun fikir kerja mana nak start dulu.

9.

10.Seriyes beb.Gua bab bab dating nih memang fail laaa.Lu cari lain jer laa yer.

Sekadar Update Kisah Picisan

November 15th, 2009 | Comments | Posted in Myself

Siti Nurhaliza Konsert Seribu Warna

Credit to Liyana Naznim

Bila fikiran tenang barulah boleh nak mengupdate blog yang dah lama tak jengok nih.Tiada entri ilmiah pagi pagi buta nih.Sekadar pasal diri sendiri dan sekeliling.

1.Baru pulang dari menonton konsert Siti Nurhaliza di Stadium Melawati Shah Alam.15 tahun Siti nyanyi baru skang gwer dapat tengok live.Perghh.Konsert Satu dekat IB harituh tak sempat nak pegi.

2.Memang respek dengan lotaran vokal Dato Siti.Betulah kalo dah setia sangat.Susah nak berpaling tadah atau tak minat lagi.Siti punya lagutradisional memang buat gwer  berada diawang-awangan.Wahahahaha.

3.Budak budak office gwer lepas nih boleh buat kelab kereta Proton Persona.Cam banyak plak suma pakai kete sama.Budak tingkat atas laaa nih.Suma pakat keta baru jer nih.WTA-WTD-WTE-WTF.

4.Malam Jumaat tadi,sessi melepaskan apa terbuku dihati,terasa hilang satu beban.Syukur Alhamdulillah.Percaya dan bertolak ansur dan memahami tu kena ada.

5.Member office gwer ajak car-pool.Idea yang bernas.Boleh jimat dua minggu punya expenses.Tapi masalahnya gwer style keluar lambat.Selalu atas 7.30 pagi baru keluar dari rumah.Dia boleh tunggu ker.Jenuhlaaa ko membayar parking 7 ringgit tuh.

6.Minggu depan kena berjimat-cermat.Rasa macam dah over spend plak minggu nih.Tapi ada 3 cheque belum bank-in lagik nih.

7.Arsenal sudah nombor dua dalam liga.Yeay.Lawan Chelsea hujung bulan nih.

8.Hujung bulan nih dan bulan depan banyak betul kenduri kahwin.Mau kire kire adalaa dekat 9 jemputan and counting.

9.2009 dan nak berakhir tak lama lagi.

10.Nak tengok 2012.Tapi ada orang tuh ajak tengok Pisau Cukur.Kite buat marathon boleh ? 2012 then Pisau Cukur.Mau beku gwer.

Tahun depan boleh pegi lagi konsert Siti Nurhaliza.Tak rugi sebab sangat best…hohohoho.

Edit:Gambar tak dapat lagi.Nak tengok boleh pegi sini.Credit to Liyana Naznim.

Harga Sebuah Perasaan

October 26th, 2009 | Comments | Posted in Myself

Berapakah  nilai perasaan tidak tergesa-gesa apabila pergi ke pejabat tiap-tiap 5 hari seminggu bagi setiap bulan tanpa memikirkan traffik jem dan boleh keluar rumah pukul 7.30 pagi dan ke atas bila ada highway dan tak perlu berebut-rebut parking free bila mana anda tahu parking free guarantee dah habis kalau lebih dari pukul 8 pagi lalu pasrah bayar sahajalah parking yang berbayar tuh.Tapi yang bestnya tak perlu rushing tiap -tiap pagi.[fail betul susunan ayat BM akuh]

Tambang tol New Pantai Expressway : RM1.60 x 3 kali sehari x 5 hari x 4 minggu = RM 96.00

Parking fee : RM7 x 5 hari x 4 minggu = RM140.00

Total :RM 236.00 sebulan.

Banyak tuh RM236.00 sebulan.Taknak bayar kena keluar rumah pukul 6.45 pagi bermakna perlu bangun 5.30 pagi  ikut Federal Highway dan pastikan sampai office sebelum 7.50 pagi dan balik office lepas maghrib kemudian ikut Federal Highway semula dan berharap traffik jem sudah kurang.Ok sudah jimat RM236.00 sebulan.

Setahun boleh jimat RM 2832.00.

T-T