Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Artikel dibawah ini sangat panjang.Tapi sangat menarik untuk dibaca dan diambil pengajaran.Dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 28 Jun 2009.Rajin rajin laa baca…
| Subcribe via RSS
Artikel dibawah ini sangat panjang.Tapi sangat menarik untuk dibaca dan diambil pengajaran.Dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 28 Jun 2009.Rajin rajin laa baca…
Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang-cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu terpandang-pandang
Pergi tak disuruh, datang tak diminta
Andai sudah jodoh, insyaallah
Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat
Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedap di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur
Lirik yang mempunyai maksud yang mendalam.Terus mendapat idea cara cara mengekalkan hubungan yang baik dan berkekalan sepanjang hayat sesama pasangan.
Jujur
Cakap memang senang.Anda hendak pasangan anda jujur.Tapi anda sendiri tidak jujur.Apa kes.Paras rupa cantik menawan dan hensem bukan alasan untuk pasang lain walaupun anda mempunyai ramai peminat dan berkemampuan buat begitu.Kena ingat satu hari nanti mungkin kelebihan tersebut kena tarik balik.
Ikhlas
Ini pun lagik satu.Cakap memang senang.Try buat tengok.Kalau hendak mencari pasangan pasanglah niat nak kahwin bukan sebab nak main main.Bukan ada udang disebalik batu.Belajarlah memberi tanpa mengharapkan balasan.Jangan suka dan sayang bila kemahuan anda dipenuhi benci dendam bila kehendak anda ditolak.
Realistik
Hidup ini bukan selalunya cerah.Anda kena ingat akan ada hari hari mendung.Belajar dari kesilapan lampau.
Empati
Belajarlah mendengar dengan baik dan jadilah pendengar yang ikhlas.Bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Jangan hendak puaskan keinginan anda sahaja.
Tidak kalis kecewa
Turunkanlah perisai hati masing masing.Kalau dah semua ingin menjaga hati masing masing daripada disakiti.Kompem dua dua akan sakit hati.
Bukan pertandingan
Bila bercinta bukan tempat tunjuk siapa lagi hebat.Frasa jika kau boleh curang aku pun boleh.Kau ada spaire aku pun ada juga.Sepatutnya tiada.Nak lawan sila masuk pertandingan lain.
p/s:Hanyalah observasi penulis semata mata.Tidak ditujukan khusus kepada mana mana pihak.