January 25th, 2010 | |
Posted in Kereta
Wei,macam mana nak tukar minyak hitam … ?
Senang sahaja.Pegi kedai spare part….mintak kat tauke,tauke bagi minyak enjin <sile isi tempat kosong>,oil filter dan air filter skali untuk kereta <sile isi sendiri>……Lepastu bawak pegi workshop suruh derang tukarkan.Bayar RM10-RM15 untuk upah tukar.Siap .Hehehe..
Macam mana nak pilih minyak enjin atau nama glamernya minyak hitam.Ada macam macam brand dan macam macam rating.Ada 0W-40,ada 5W-40,ada 10W-40,ada 15W-50.Warghhh tak pernah tengok benda jadah ini semua… ?Huuuuu kesian sungguh.Kalau anda pakai kereta tapi tak pernah tahu,sungguh kesian skali.Betul beb…bukan ape,silap pilih mungkin anda rasa enjin anda berat dan rasa macam makan minyak banyak.
Aa…nak pilih senang sahaja.Kalau anda tengok pada botol minyak enjin anda akan nampak nombor seperti 0W-40,5W-40,10W-40 dan macam macam lagi.Tapi huruf “W” memang takkan miss.Ini semua adalah rating kelikatan minyak masing masing.Sebenarnya bacaan tersebut adalah multi-grade.Maksud saya macam “0W” satu grade -manakala “40″ satu grade lagi.Bila gabung jadi 0W-40.
Lagi rendah nombor disebelah kiri “W” minyak tersebut masih mudah lagi ia mengalir pada keadaan sejuk.Ermm kalau anda tinggal dekat area yang ada salji banyak.Mungkin anda perlu gunakan rating 0W atau 5 W.Kalau tak…silap silap minyak enjin anda beku.Tapi tak jadi masalah kalau anda guna rating ini dekat Malaysia.Minyak mudah mengalir di semua sudut enjin ketika cuaca sejuk.Macam anda keluar rumah pagi pagi lepas hujan nak pergi kerja.
Untuk rating yang satu lagi adalah rating sampai mana molekul molekul minyak tersebut boleh bertahan dalam keadaan panas membara.Lagi tinggi rating nombor ini,lagi lama minyak ini boleh bertahan sebelum molekul minyak ini mula berpisah antara satu sama lain.Lagi tinggi rating maka minyak juga akan lebih tebal.Err…sangat pekat.Tak cair macam air.
So nak pilih yang mana satu.Mengikut pengalaman patik.Untuk mereka yang selalu terperangkap dalam trafik jem dan umur kereta masih baru boleh pilih 0W-40 ,5W-40 kalau banyak duit.Hehehe mahal oo…kalau minyak rating nih.Brand yang femes dekat Malaysia adalah seperti Mobil 1 dan Castrol Edge.Ada jugak brand lain.Tapi yang ini memang selalu nampak.
Tapi all around untuk kereta kereta biasa mestilah 10W-40.Kegemaran patik mestilah Castrol Magnatec atau Eneos.Senang cakap :
-Untuk economy driving,banyak stop and drive,keluar pagi -Rating 0w-40,5W-40,10W-40
-Untuk economy driving,banyak stop and drive,keluar pagi dan kapasiti enjin kurang dari 1000 cc – Rating 10W-30,5w-30
-Untuk high performance engine Rating 0W-50,0W-60.
Pening pening sangat beli sahaja rating 10W-40 kalau anda pakai kereta biasa bukan turbo.Boleh kata all around dekat Malaysia.Mahal pun tak mahal sangat.

Tags:
cara cari minyak hitam,
castrol edge,
eneos,
minya enjin,
minyak hitam,
mobil one