Marilah Mari Kita …
Hasrat dihati nak menaip panjang.Tapi malas gila dan letih.Esok-esok sajala.Tapi sempat lagi mengatal tangan mengambil kuiz dekat facebook.Tapi kuiz nih tuk pompuan.Gwer saja gatal ambik.Try test tengok.Hohohoho… sengal gila punya result.Nasib baik aaa aku laki….
Tahajjud Cinta
Dato Siti Nurhaliza kembali lagi dengan album baru beliau pada 09.09.09 yang lepas.Nak tulis lama dah review tak seberapa nih tapi sekarang baru nak menyempat.Kalau sebelum ini lebih terarah kepada pop balada dan tradisional,kali ini lebih terarah kepada kerohanian dan ketuhanan.Tahajjud Cinta nama diberi.So best ke tak best ?Ada lapan track kesemua :
01. Tahajjud Cinta (Erma Fatimah)
02. Asma Ul-Husna
03. Ketika Cinta (Opick)
04. Ya Rasulullah (Abu Bakar Md Yatim/Raihan)
05. Selawat Atas Nabi
06. Pintu Rindu
07. Batasku Asaku (Siti Nurhaliza/Attan Hardilas)
08.Ku Percaya Ada Cinta
Yang berbold adalah lagu baru.Dua lagu adalah soundtrack “Perempuan Berkalung Sorban”.Kalau pasal vokal Dato Siti nihkan..aku rasa tak payah komen dah.Memang mantap sudah.
Ketika Cinta dan Batasku Asaku, dua buah lagu nih memang menusuk kalbu abisla.Lirik dia sangatlah indah susunannya.Bila dengar kadang kadang dalam kereta sorang sorang boleh berderau darah jugaklaa.
Asma Ul-Husna,Selawat,Ya Rasullulah nih memang dah biasa dengar,tapi Dato Siti bawa dengan cara yang baru.Masih sedap didengar.
Tahajjud Cinta pula adalah lagu baru.Sangatlah slow tempo lagunya tapi sangat best.Sila baca liriknya.Pintu Rindu dan Ku Percaya Ada Cinta, 2 buah lagu nih aku tak dapat nak masuk sangat lagila hahahaha.
Oklaa aku bagi 3½ bintang dari 5 bintang.
p/s:Demm aku ada semua album Dato Siti Nurhaliza. T_T
