| Subcribe via RSS

Ini Semua Tak Berkat Maaa …

February 24th, 2010 | Comments | Posted in Bijak Wang

Kredit:Pakdi.net

Contoh 1: Katakan anda menaja 10 rakan anda. 10 orang tolak orang ke-2 dan ke-4 utk penaja (Upline). Anda akan dapat 8 orang x RM 100 = RM 800. Anda akan diberi masa 30 hari sahaja untuk mempelajari segala panduan Internet Marketing, Window XP, Vista, All Microsoft, Adobe dan banyak lagi secara audio dan video (e-Learning concept). Sistem pembelajaran online ini cukup mudah dan senang difahami. Segala input yg disampaikan sesuai utk kegunaan seisi keluarga dan setiap peringkat umur. Tetapi ingat proses pembelajaran ini hanya utk tempoh 30 hari sahaja. Pada hari ke-25 anda perlu renew akaun anda utk meneruskan pembelajaran tersebut dengan cara membuat pembayaran RM 100 ke akaun penaja anda. Hanya penaja anda sahaja yang boleh mengaktifkan akaun anda.<—BS detected

Secara tak langsung ahli yg berdaftar dibawah anda pun akan renew akaun mereka membolehkan anda terus menerima RM 100 drp setiap seorang yg berdaftar dengan anda sebelum ini. Jika 8 orang tadi renew bermakna anda akan memperolehi RM 800 pada bulan berikutnya. Jika ada rakan di bawah rakan anda yang renew tetapi rakan direct anda tak renew. Semuanya akan diberikan kepada anda. Wah ruginyee kalau tak renew setiap 30 hari. Modal RM 100 jer dapat RM 800 setiap bulan!!!

Contoh 2: ANDA menaja Akmal…Akmal telah menjemput 100 orang rakannya melalui Facebook sahaja sertai program ini. Akmal mendapat 100 orang x RM 100 = RM 10,000. Selepas 30 hari, Akmal tidak berminat untuk renew akaunnya dgn bayaran sama iaitu RM 100 sahaja. Tetapi 100 orang rakan Akmal tadi terus renew akaun mereka. Maka RM 10,000 tadi akan diberikan terus kepada penaja Akmal iaitu ANDA. Wah cukup hebatkan!!!

Mungkin anda masuk sekarang anda dapat duit.Tapi halalkah dan berkatkah ? Setahu saya meletakkan target jualan peribadi bagi mendapat komisyen orang bawahan adalah satu syarat yang boleh dipertikai dalam Shariah. Ini tiada kena mengena kau dapat duit aku jeles.

Ini kompem scheme pyramid.Belajar online itu sebenarnya product in disguise jer,lebih kepada head hunting.

Bukankah ia seperti judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-Fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan.

Mungkin ini dapat membantu dipetik dari laman web Ustaz Zaharuddin

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Tags: ,

Kajian Kes:How To Save Money

January 17th, 2010 | Comments | Posted in Bijak Wang

Hai nama saya Miera ( hampir kepada nama sebenar).Umur saya 24 tahun.Bekerja sebagai salah seorang majikan bank nombor satu Malaysia.Alhamdulillah kini saya sudah ada pendapatan tetap.Hidup di KL memang banyak pakai duit.Sini duit sana duit.Boleh kata semua kena pakai duit.Tapi saya bersyukur sebab saya terbuka hati untuk mengurus dengan wang lebih cermat tak seperti zaman belajar belajar dulu.Jadi saya nak berkongsi tips yang saya ada ini,manalaa tahu akan berguna untuk sesiapa pada masa depan.

Oklaa bayangkan pendapatan saya RM 3000 sebulan.Tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO,maka tinggalah RM 2650 sebulan.RM 2 ribu lebih takderlah banyak kalau anda hidup di KL nih.Jadi cara untuk tahu berapa banyak yang boleh saya simpan adalah dengan mengira jumlah perbelanjaan saya sebulan.

Perbelanjaan saya, saya bahagikan kepada dua.Fixed Expenses dan Dynamic Expenses.

Fixed Expenses adalah perbelanjaan yang jumlahnya malar setiap bulan.Dynamic Expenses pula boleh berubah-ubah setiap bulan.Jadi fixed expenses saya adalah monthly installment bulanan kereta Viva comel saya.RM 500 sebulan.Setakat ini ,ini sahajalah fixed expenses saya.

Manakala Dynamic Expenses adalah seperti:

-Tol.Saya kena bayar RM 1.60 setiap hari x 5 hari x 4 minggu = RM 32
-Minyak kereta.RM30 seminggu x 4 minggu = RM 120
-Basuh kereta.RM 8 seminggu x 4 minggu = RM 32
-Makan tengahari/breakfast.RM 6 sehari x 5 hari x 4 minggu = RM 120
-Parking Fee.RM 7 x 5 x 4 = RM 140
-Prepaid Top-Up. RM 50 sebulan
-Lain-lain.RM 100 sebulan

Dynamic Expenses adalah bahagian yang anda boleh main untuk kurangkan perbelanjaan.Contoh minyak kereta-tol-parking boleh kurang jika anda dan rakan rakan office yang satu aliran traffik ke pejabat berkongsi kereta.Penjimatan dari 50% dan ke atas boleh dibuat.Banyak tuh.

Dari sini juga anda boleh buat easy budgeting.Sebab anda tahu average perbelanjaan anda setiap minggu.Anda tahu berapa anda perlu keluar dari ATM.

Memandangkan saya anak perempuan yang masih tinggal bersama ayah dan emak.Maka tiada sewa rumah,bil air letrik dan sewaktunya.Jadi jumlah perbelanjaan saya adalah RM 1094.00 sebulan.Tolak dari gaji bersih maka tinggal RM1556.00.Jadi RM 1556.00 adalah baki gaji saya.Saya ambil figure RM 1400 yang boleh saya simpan setiap bulan.Mungkin akan ada expenses lebih untuk certain month.

RM 1400 x 12 = RM 16,800 setahun.

*Strategi tahun pertama bekerja:Simpan semaksimum mungkin.Dumpkan dalam ASB atau Tabung Haji sahaja.

*Strategi tahun kedua:Sama macam  tahun pertama lagi bagus.Boleh fikir beli kereta kalau mahu (asalkan masih dalam zon yang mampu)

*Sentiasa simpan minimum RM 500 sebulan.

*Belajar kawal keinginan untuk beli benda mewah.Nokia N97 ? Iphone ? Memang fancy.Tapi bila difikirkan balik,saya boleh survive tanpa semua ini.

Yang penting kena pandai asingkan yang mana perlu atau tidak.Siapa bilang kumpul duit kahwin itu susah kalau nak kahwinlaa kan kan kan ….. ;)

p/s:She’s gonna kill me if she find out this.

Mengapa Pinjaman ASB Tidak Sesuai Untuk Saya

December 1st, 2009 | Comments | Posted in Bijak Wang

ASB LoanAlkisahnya pada suatu pagi yang syahdu saya telah suka suki membrowse laman Maybank2u.com. Saja tengok-tengok kot kalau ada produk yang menarik hati.Singgahlaa dekat bahagian pinjaman untuk pelaburan ASB.Saya ada dengar pasal pinjaman ini.Ada jugak member member yang dah buat.Senang cakap anda pinjam duit dari bank dan laburkan dalam Amanah Saham Bumiputera.Cukup tempoh anda kutip dividen dari ASB sambil bulan bulan bayar kepada bank secara ansuran sampai habis jumlah pinjamanyang anda pinjam.

Nampak memang menarik.Maybank bagi tempoh paling panjang adalah 25 tahun untuk satu pinjaman pelaburan.Jadi bulan bulan memang bayar sikitlaa.Untuk pengetahuan anda ASB adalah kategori pendapatan,maksudnya bila kategori pendapatan risiko adalah lebih rendah dan pulangan adalah agak konservatif dan konsisten.Tidaklah tinggi mencanak pulangan bagi setiap tahun tetapi masih ada.

Saya cuma nampak satu kelebihan jangka pendek jer pinjaman ASB nih.Sesuai untuk orang yang tak ada duit tapi memerlukan duit bila sampai hujung tahun.Maksud saya jika tahun pertama dia pinjam RM 25,000 dari bank,cukup tempoh ASB declare dividen katakan 7% , dia dah dapat RM 1750.Bolehlah buat bayar mana mana yang patut.Tapi kalau jangka panjang anda keluarkan dividen setiap kali PNB declare dividen dan tak labur balik sampai habis tempoh pinjaman anda,memang anda agak rugi dan bank yang untung.

Bayangkan saya berhasrat untuk menyimpan dan melabur.Untuk permulaan saya tidak ada satu sen pun.RM 0.Tapi saya boleh asingkan RM209 setiap bulan dari pendapatan saya untuk simpanan.

Pilihan pertama dengan RM209 sebulan saya boleh buat pinjaman ASB dari Maybank sebanyak RM20,000 dan perlu langsaikan hutang tersebut dalam masa 10 tahun.

1.RM209 x 12 bulan x 10 tahun = RM 25,080 saya telah bayar kepada bank sambil

2.RM20,000 laburkan dalam ASB dalam masa 10 tahun dengan purata dividen setahun 7% tanpa mengusik dividen langsung dan laburkan kembali , saya akan dapat RM 39,343.03.

3.Untuk mengetahui untung bersih saya .RM 39,343.03 – 5080.00 = RM34,263.03 sahaja walaupun dalam ASB saya masih ada RM 39,343.03.

Atau pun saya laburkan RM209 menggunakan duit sendiri selama 10 tahun dengan purata dividen 7% setahun dan tak usik langsung dividen yang dapat maka saya akan dapat RM 37,081.20.

Jadi mengapa perlu kayakan bank bila :

1.Saya memang awal awal lagi dah mampu simpan RM209 sebulan selama  10 tahun tak kisahlaa sama ada secara pinjaman atau tidak.

2.Anda hanya kurang RM2 261.83 sahaja jika menyimpan sendiri dari bayar extra RM 5080 kepada bank.

p/s:Ini hanyalah anggaran perkiraan sahaja.Senang cakap ASB anda masih buat untung jika paras dividen setiap tahun adalah lebih tinggi dari paras “Base Lending Rate” BLR bank.

Macam saya bilang tadi seronok kalau pinjam duit untuk ASB bila time dapat dividen banding dengan labur guna duit sendiri.Itu sahaja.Cuma anda perlu ingat lagi lama anda meminjam dari bank untuk langsai hutang lagi banyak yang anda bayar balik kepada bank walaupun bulan bulan bayarannya sedikit sahaja.Jangan terpedaya sangat.

ASB Installment Table

ASB Loan Application Form

Apa itu KPA ?

KPA adalah alih bahasa untuk Base Lending Rate (BLR).Kadar Pinjaman Asas.

Kalau KPA Maybank adalah 5.55% setahun.Maka kalau dalam iklan diatas,5.55%-1.35% = 4.20% adalah bunga yang diambil oleh bank setahun dari pinjaman yang anda buat.Jadi kalau PNB declare ASB punya dividen adalah 7% tahun nih,maka dividen bersih yang anda peroleh hanya 7%-4.2%=2.8% sahaja.Rendahkan ?

Tags: ,