Mengapa Pinjaman ASB Tidak Sesuai Untuk Saya
Alkisahnya pada suatu pagi yang syahdu saya telah suka suki membrowse laman Maybank2u.com. Saja tengok-tengok kot kalau ada produk yang menarik hati.Singgahlaa dekat bahagian pinjaman untuk pelaburan ASB.Saya ada dengar pasal pinjaman ini.Ada jugak member member yang dah buat.Senang cakap anda pinjam duit dari bank dan laburkan dalam Amanah Saham Bumiputera.Cukup tempoh anda kutip dividen dari ASB sambil bulan bulan bayar kepada bank secara ansuran sampai habis jumlah pinjamanyang anda pinjam.
Nampak memang menarik.Maybank bagi tempoh paling panjang adalah 25 tahun untuk satu pinjaman pelaburan.Jadi bulan bulan memang bayar sikitlaa.Untuk pengetahuan anda ASB adalah kategori pendapatan,maksudnya bila kategori pendapatan risiko adalah lebih rendah dan pulangan adalah agak konservatif dan konsisten.Tidaklah tinggi mencanak pulangan bagi setiap tahun tetapi masih ada.
Saya cuma nampak satu kelebihan jangka pendek jer pinjaman ASB nih.Sesuai untuk orang yang tak ada duit tapi memerlukan duit bila sampai hujung tahun.Maksud saya jika tahun pertama dia pinjam RM 25,000 dari bank,cukup tempoh ASB declare dividen katakan 7% , dia dah dapat RM 1750.Bolehlah buat bayar mana mana yang patut.Tapi kalau jangka panjang anda keluarkan dividen setiap kali PNB declare dividen dan tak labur balik sampai habis tempoh pinjaman anda,memang anda agak rugi dan bank yang untung.
Bayangkan saya berhasrat untuk menyimpan dan melabur.Untuk permulaan saya tidak ada satu sen pun.RM 0.Tapi saya boleh asingkan RM209 setiap bulan dari pendapatan saya untuk simpanan.
Pilihan pertama dengan RM209 sebulan saya boleh buat pinjaman ASB dari Maybank sebanyak RM20,000 dan perlu langsaikan hutang tersebut dalam masa 10 tahun.
1.RM209 x 12 bulan x 10 tahun = RM 25,080 saya telah bayar kepada bank sambil
2.RM20,000 laburkan dalam ASB dalam masa 10 tahun dengan purata dividen setahun 7% tanpa mengusik dividen langsung dan laburkan kembali , saya akan dapat RM 39,343.03.
3.Untuk mengetahui untung bersih saya .RM 39,343.03 – 5080.00 = RM34,263.03 sahaja walaupun dalam ASB saya masih ada RM 39,343.03.
Atau pun saya laburkan RM209 menggunakan duit sendiri selama 10 tahun dengan purata dividen 7% setahun dan tak usik langsung dividen yang dapat maka saya akan dapat RM 37,081.20.
Jadi mengapa perlu kayakan bank bila :
1.Saya memang awal awal lagi dah mampu simpan RM209 sebulan selama 10 tahun tak kisahlaa sama ada secara pinjaman atau tidak.
2.Anda hanya kurang RM2 261.83 sahaja jika menyimpan sendiri dari bayar extra RM 5080 kepada bank.
p/s:Ini hanyalah anggaran perkiraan sahaja.Senang cakap ASB anda masih buat untung jika paras dividen setiap tahun adalah lebih tinggi dari paras “Base Lending Rate” BLR bank.
Macam saya bilang tadi seronok kalau pinjam duit untuk ASB bila time dapat dividen banding dengan labur guna duit sendiri.Itu sahaja.Cuma anda perlu ingat lagi lama anda meminjam dari bank untuk langsai hutang lagi banyak yang anda bayar balik kepada bank walaupun bulan bulan bayarannya sedikit sahaja.Jangan terpedaya sangat.
Apa itu KPA ?
KPA adalah alih bahasa untuk Base Lending Rate (BLR).Kadar Pinjaman Asas.
Kalau KPA Maybank adalah 5.55% setahun.Maka kalau dalam iklan diatas,5.55%-1.35% = 4.20% adalah bunga yang diambil oleh bank setahun dari pinjaman yang anda buat.Jadi kalau PNB declare ASB punya dividen adalah 7% tahun nih,maka dividen bersih yang anda peroleh hanya 7%-4.2%=2.8% sahaja.Rendahkan ?
