| Subcribe via RSS

Livin’ in sin is the new thing.Ok not really new.

December 9th, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

Lady GaGa - Bad RomanceWahahaha pagi-pagi nak pergi keje pasang radio dengar Hot.FM sudah ada topik hangat.Tak tahan betul topik pagi tadi.Tajuk hangat mereka adalah “Skandal”.Untuk lebih tepat skandal selain pasangan masing-masing.Tak boleh blah ramai plak yang call.Lebih ramai nak call cerita pasal skandal masing-masing.Kalau dengar betul betul intonasi semua pemanggil tadi rasa ramai yang bangga sebab ada skandal.Hebat sial orang Malaysia skang macam filem Hollywood plak.

Antara yang menarik:

1) Dah bertunang nak kahwin pun sempat lagi tuh nak berskandal.Dah kahwin nanti tak tahulaa macam mana.

2)Tahu pasangan ada skandal,dia pulak balas dengan nak berskandal jugak.

3)Mangsa skandal berskandal dengan mangsa skandal yang lagi satu.Yang nih lagi satu tak boleh blah.

Oleh sebab kebanyakkan yang call tadi ramai dah berkahwin ,tertanya-tanya jugalaa aku.Ini kira dari segi ekonomilaa belum lagi dari sudut agama.Anda belanja besar besar untuk kenduri kahwin katakan puluh puluh ribu then few years later anda gatal nak berskandal.Katakan anda dan pasangan anda bercerai.Tak rasa rugi ker duit yang anda belanja untuk kenduri kahwin sebelum sebelum nih.Dahlaa belanja hangus kot boleh redeem balik takper laa jugak kan.

Biasalaa bila sudah melibatkan gerak hati dan nafsu,semua memang belakang kira bro! Hahahaha kalau macam tuh laa kirenya then bolehlaa aku buat pre-nuptial agreement dengan future partner if anyone of us  made hal pada suatu masa kelak pasangan yang buat hal tuh kena bayar pampasan dekat mangsa mereka.Oklaaa kan anda hilang kasih sayang tapi anda dapat duit balik.Yerlaa kan dari hilang hilang dua-dua….isteri suami hilang then duit pun terbang.Mungkin ini akan membuat anda berfikir lebih dari dua kali untuk melakukan perkara -perkara bodoh ini.

Tidak dinafikan jika diselami perasaan orang yang berskandal nih memang semacam ada ego boost.Ada thrill lagik tuh.Semacam anda memegang trump card ke atas pasangan anda.Tapi aku rasa that feeling is not worth it for the consequence yang akan jadi lepas tuh.

Sekadar pandangan orang yang belum berkahwin dan ingin tahu ke mana duit mereka pergi.

Mengapa Pinjaman ASB Tidak Sesuai Untuk Saya

December 1st, 2009 | Comments | Posted in Bijak Wang

ASB LoanAlkisahnya pada suatu pagi yang syahdu saya telah suka suki membrowse laman Maybank2u.com. Saja tengok-tengok kot kalau ada produk yang menarik hati.Singgahlaa dekat bahagian pinjaman untuk pelaburan ASB.Saya ada dengar pasal pinjaman ini.Ada jugak member member yang dah buat.Senang cakap anda pinjam duit dari bank dan laburkan dalam Amanah Saham Bumiputera.Cukup tempoh anda kutip dividen dari ASB sambil bulan bulan bayar kepada bank secara ansuran sampai habis jumlah pinjamanyang anda pinjam.

Nampak memang menarik.Maybank bagi tempoh paling panjang adalah 25 tahun untuk satu pinjaman pelaburan.Jadi bulan bulan memang bayar sikitlaa.Untuk pengetahuan anda ASB adalah kategori pendapatan,maksudnya bila kategori pendapatan risiko adalah lebih rendah dan pulangan adalah agak konservatif dan konsisten.Tidaklah tinggi mencanak pulangan bagi setiap tahun tetapi masih ada.

Saya cuma nampak satu kelebihan jangka pendek jer pinjaman ASB nih.Sesuai untuk orang yang tak ada duit tapi memerlukan duit bila sampai hujung tahun.Maksud saya jika tahun pertama dia pinjam RM 25,000 dari bank,cukup tempoh ASB declare dividen katakan 7% , dia dah dapat RM 1750.Bolehlah buat bayar mana mana yang patut.Tapi kalau jangka panjang anda keluarkan dividen setiap kali PNB declare dividen dan tak labur balik sampai habis tempoh pinjaman anda,memang anda agak rugi dan bank yang untung.

Bayangkan saya berhasrat untuk menyimpan dan melabur.Untuk permulaan saya tidak ada satu sen pun.RM 0.Tapi saya boleh asingkan RM209 setiap bulan dari pendapatan saya untuk simpanan.

Pilihan pertama dengan RM209 sebulan saya boleh buat pinjaman ASB dari Maybank sebanyak RM20,000 dan perlu langsaikan hutang tersebut dalam masa 10 tahun.

1.RM209 x 12 bulan x 10 tahun = RM 25,080 saya telah bayar kepada bank sambil

2.RM20,000 laburkan dalam ASB dalam masa 10 tahun dengan purata dividen setahun 7% tanpa mengusik dividen langsung dan laburkan kembali , saya akan dapat RM 39,343.03.

3.Untuk mengetahui untung bersih saya .RM 39,343.03 – 5080.00 = RM34,263.03 sahaja walaupun dalam ASB saya masih ada RM 39,343.03.

Atau pun saya laburkan RM209 menggunakan duit sendiri selama 10 tahun dengan purata dividen 7% setahun dan tak usik langsung dividen yang dapat maka saya akan dapat RM 37,081.20.

Jadi mengapa perlu kayakan bank bila :

1.Saya memang awal awal lagi dah mampu simpan RM209 sebulan selama  10 tahun tak kisahlaa sama ada secara pinjaman atau tidak.

2.Anda hanya kurang RM2 261.83 sahaja jika menyimpan sendiri dari bayar extra RM 5080 kepada bank.

p/s:Ini hanyalah anggaran perkiraan sahaja.Senang cakap ASB anda masih buat untung jika paras dividen setiap tahun adalah lebih tinggi dari paras “Base Lending Rate” BLR bank.

Macam saya bilang tadi seronok kalau pinjam duit untuk ASB bila time dapat dividen banding dengan labur guna duit sendiri.Itu sahaja.Cuma anda perlu ingat lagi lama anda meminjam dari bank untuk langsai hutang lagi banyak yang anda bayar balik kepada bank walaupun bulan bulan bayarannya sedikit sahaja.Jangan terpedaya sangat.

ASB Installment Table

ASB Loan Application Form

Apa itu KPA ?

KPA adalah alih bahasa untuk Base Lending Rate (BLR).Kadar Pinjaman Asas.

Kalau KPA Maybank adalah 5.55% setahun.Maka kalau dalam iklan diatas,5.55%-1.35% = 4.20% adalah bunga yang diambil oleh bank setahun dari pinjaman yang anda buat.Jadi kalau PNB declare ASB punya dividen adalah 7% tahun nih,maka dividen bersih yang anda peroleh hanya 7%-4.2%=2.8% sahaja.Rendahkan ?

Tags: ,