| Subcribe via RSS

Proton Persona Dapat Sentuhan Baru ?

November 21st, 2009 | Comments | Posted in Kereta

dscn3308dscn3307Rear Persona Facelift

Tak tahulaa sebab apa kalau cerita pasal Proton pasti aku akan teruja.Sedangkan Proton jer bukan Mercedes atau BMW pun.Hahaha jeng jeng Proton Persona facelift nak keluar.Tidak dapat dipastikan apa yang baru dalam Proton Persona facelift nih tapi dengar-dengar pandang pandang macam :

  • Lampu belakang baru
  • Cermin sisi baru dengan lampu signal
  • Rain and light sensor ( ala ala BMW dan Mercedes,lampu akan menyala automatik bila hari gelap atau hujan)
  • Meter panel baru
  • Design rim baru ( tengok gambar macam ala ala Toyota Camry baru)
  • Warna silver matte untuk door handle/boot lining  macam Persona SE
  • Bodykit sama macam Persona SE ?
  • 32 Bit ECU

Harga tidak diketahui lagi.Mungkin naik atau hampir hampir dengan Persona SE.Gambar depan jer tak dapat nak tengok .Tapi memang menarik sebab macam ada elemen Mazda 3 plak aku tengok.

p/s:Sudah tengok iklan TV Proton Persona yang baru ?

Tags: , ,

Sekadar Update Kisah Picisan

November 15th, 2009 | Comments | Posted in Myself

Siti Nurhaliza Konsert Seribu Warna

Credit to Liyana Naznim

Bila fikiran tenang barulah boleh nak mengupdate blog yang dah lama tak jengok nih.Tiada entri ilmiah pagi pagi buta nih.Sekadar pasal diri sendiri dan sekeliling.

1.Baru pulang dari menonton konsert Siti Nurhaliza di Stadium Melawati Shah Alam.15 tahun Siti nyanyi baru skang gwer dapat tengok live.Perghh.Konsert Satu dekat IB harituh tak sempat nak pegi.

2.Memang respek dengan lotaran vokal Dato Siti.Betulah kalo dah setia sangat.Susah nak berpaling tadah atau tak minat lagi.Siti punya lagutradisional memang buat gwer  berada diawang-awangan.Wahahahaha.

3.Budak budak office gwer lepas nih boleh buat kelab kereta Proton Persona.Cam banyak plak suma pakai kete sama.Budak tingkat atas laaa nih.Suma pakat keta baru jer nih.WTA-WTD-WTE-WTF.

4.Malam Jumaat tadi,sessi melepaskan apa terbuku dihati,terasa hilang satu beban.Syukur Alhamdulillah.Percaya dan bertolak ansur dan memahami tu kena ada.

5.Member office gwer ajak car-pool.Idea yang bernas.Boleh jimat dua minggu punya expenses.Tapi masalahnya gwer style keluar lambat.Selalu atas 7.30 pagi baru keluar dari rumah.Dia boleh tunggu ker.Jenuhlaaa ko membayar parking 7 ringgit tuh.

6.Minggu depan kena berjimat-cermat.Rasa macam dah over spend plak minggu nih.Tapi ada 3 cheque belum bank-in lagik nih.

7.Arsenal sudah nombor dua dalam liga.Yeay.Lawan Chelsea hujung bulan nih.

8.Hujung bulan nih dan bulan depan banyak betul kenduri kahwin.Mau kire kire adalaa dekat 9 jemputan and counting.

9.2009 dan nak berakhir tak lama lagi.

10.Nak tengok 2012.Tapi ada orang tuh ajak tengok Pisau Cukur.Kite buat marathon boleh ? 2012 then Pisau Cukur.Mau beku gwer.

Tahun depan boleh pegi lagi konsert Siti Nurhaliza.Tak rugi sebab sangat best…hohohoho.

Edit:Gambar tak dapat lagi.Nak tengok boleh pegi sini.Credit to Liyana Naznim.

Marilah Mari Kita …

November 6th, 2009 | Comments | Posted in Ceritera

Hasrat dihati nak menaip panjang.Tapi malas gila dan letih.Esok-esok sajala.Tapi sempat lagi mengatal tangan mengambil kuiz dekat facebook.Tapi kuiz nih tuk pompuan.Gwer saja gatal ambik.Try test tengok.Hohohoho… sengal gila punya result.Nasib baik aaa aku laki….Mas-kahwin