Bila Raya Datang Lagi
Update entri raya.Walaupun raya nak masuk seminggu dah.
1.Raya kali ini rasa paling simple.Tidak excited pun boleh juga.Biasa biasa jer.Demm.Zaman seronok beraya macam budak budak dulu dah berlalu.Tua dah nih.Suku abad sudah.Janji sepasang baju melayu lengkap mesti ada.
2.Tahniah kepada Astro berjaya membuat saya layan channel 104,105 tak abis abis.Pegi beraya rumah orang pun sama juge.Mereka pun layan Astro T_T
3.Thanks kepada sapa sapa yang hantar SMS and kad raye harituh.Saya tahu anda semua ikhlas dan tak mengharapkan balasan kan..kan..kan..hehehehe
4.Kali pertama tak dapat ruit raya langsung.Tahun lepas adalaa jugak.Tahun nih takda langsung.
5.Raya 2008 badan saya agak berisi sebab 2 bulan tanam anggur.Tapi 2009 sudah kembali kepada setting 2007.Seluar slack kerja bersaiz 34 tidak boleh pakai dan perlu disimpan ,mengelebeh dan kembang semacam kalau pakai nanti.31-32 di mana anda ? Alasan untuk beli baru lagik.Sudah tentu.
6.Makcik makcik saya tanya dah ada awek ke belum.Saya senyum senyum aja.Mereka tanya lagi orang mana agak agak.Kedah ? Kelantan ? N9 ? Melaka ?
7.Saya cakap tak utara ,pantai timur,tak pun Malaysia Timur.1Malaysia mana mana boleh.Ala ala Rozita Che Wan lagik baguih.Janji cun;nakal-nakal;hormat orang tua;pandai ambik hati; rambut panjang lurus jalan ajer.Ala buat apa nak kisah sangat pun negeri negeri nih.Asabiyah jaaa sumaa nih.Paling problem pun nak balik raya jer.Tapi itu pun x relevan sangat laa.
8.Saya baru perasan selalu saya akan tertarik kepada mereka yang asal Kedah-Pantai Timur-Sabah dan mereka yang lahir bulan 11 dan 12.Saya tidak mereka semua nih.Rasa saya tahu sebabnya dan salah satu mungkin sebab mereka semua nih cerah cerah kot.
9.Cakap pasal kahwin sekejap.Niat memang ada.Benda benda camnih tak boleh gopoh gopoh.Slow slow sangat pun x boleh jugak.Apa apa pun duit kena kumpul regardless ada calon atau tidak.Camnih baru serius beb.Setakat cakap nak kahwin tapi xder action plan pun x guna jugakkan.Kerjasama dua pihak itu penting.
10.Nak tahu apa paling excited malam raya.Layan bola.Tengok Manchester United lawan City.Tiada mercun.Buang duit jer bakar mercun nih.
11.Jeng jeng adakah bulan 12 nih hasrat hati tercapai… ? Saja bagik saspens.Muahahaha.
12.Akhir kata walaupun saya nih species jarang jarang keluar berdating tak bermakna saya tidak serius :) SMS dan handphone kan ada.Selalu keluar dating pun macam kompem jer kahwin nanti lagik pun bahayalah dating dating nih :D .Itu mengikut pemerhatian sayalaa..
Dato Siti Nurhaliza kembali lagi dengan album baru beliau pada 09.09.09 yang lepas.Nak tulis lama dah review tak seberapa nih tapi sekarang baru nak menyempat.Kalau sebelum ini lebih terarah kepada pop balada dan tradisional,kali ini lebih terarah kepada kerohanian dan ketuhanan.Tahajjud Cinta nama diberi.So best ke tak best ?Ada lapan track kesemua :
