Entri Rojak Bulan Puasa Siri 2

1.Wahh nampaknya kita semua sudah seminggu berpuasa bagi yang tak red flag laaa kan.
2.Seminggu nih memang jarang sentuh nasi tak kesahlaa waktu sahur atau berbuka.Tak lalu tengok nasi putih masa berbuka.Sahur pula roti gardenia sapu nutella nampak lebih sedap.Akibatnya perut flat abis.
3.Sebenarnya baru balik dari PKNS Shah Alam.Teman mak aku beli baju raya untuk yang bahagian perempuan.Part laki laki dah setel minggu lepas.Alhamdulillah hari nih tak panas sangat.Tapi kaki aku sengal gila.
4.Isnin nih cuti ,Isnin depan pun cuti lagi.Bukankah itu amat menyeronokkan.
5.Pegi bazar ramadhan dah seminggu.Tapi nasi kerabu dengan laksam tak try lagik nih.Terasa bosan makan murtabak dengan tepung pelita jaa.
6.Nak try buat sirap bandung selasih.Aduh mana nak cari selasih petang petang nih.
7.Petang semalam tengok G.I Joe mengisi masa lapang.Bukan wayang pun,download jer.Agak bosan.
8.Sudah try minyak grade RON 95 ? Hanya RM1.75 seliter.Murah 5 sen dari yang dulu.Oklaaa kan takda beza pun. dari segi performance .Cuma jimat jer.
9.Bulan 8 bakal berakhir,bulan 9 bakal menjelma.Tak sabar nak tunggu bulan 12.
10.Ok itu sahaja.Selamat Hari Kebangsaan yang ke 52.Tema tahun nih saya tak tahu.Hohoho dan selamat berbuka.Terawih jangan malas.
11.Ohh Arsenal kalah semalam dengan United.Tapi aku tak frust sangat.We outplayed United.Memang United nasib.


