| Subcribe via RSS

Penangan Revenge Of The Fallen

June 27th, 2009 | Comments | Posted in Semasa

trsf

Akhirnya berpeluang untuk menonton Revenge Of  Fallen.Lupakanlah hasrat anda jika hendak menempah tiket online, laman web GSC asyik system error jer.Baik beli dekat kaunter terus atau guna e-ticketing.Keseluruhan episod kedua ini sangat best ok.Lebih menarik dari episod pertama.Walaupun ada orang cakap Revenge of  The Fallen agak kureng sikit dari yang pertama,tapi yang nih memang menyeronokkan.Sebab-sebabnya:

  • Lebih banyak aksi lawan antara Autobots dan Decepticon.Pergerakan robot adalah sangat laju,dinasihatkan ambil seat yang agak belakang supaya tidak pening kepala.Bagi saya takderlaa laju sangat pun,biasa jer tapi ntah orang kata laju sangat.
  • Watak Autobots dan Decepticon lebih details.Jika dibandingkan dengan yang pertama,agak susah nak cam every watak punya muka,mana satu mata dia mana satu hidung dan telinga.
  • Lebih banyak Decepticons.Saya suka!
  • Melihat aksi lawan Optimus Prime,dapatlah dirumuskan Autobots adalah golongan baik tapi ganas.Orang baik dan ganas sangat menarik.Decepticons adalah jahat.Tapi jahatnya adalah jahat yang stereotype.Seorang villain yang berjaya mestilah saiko seperti The Joker contohnya.
  • Seperti biasa Megan Fox sangat hot.Tidak ketinggalan juga Isabel Lucas.Tetapi ini minor sahaja.Robot robot yang macho seperti Prime,Sideswipe,Bumblebee,Ratchet,Ironhide dan Jetfire lebih membuatkan saya teruja seperti budak kecik.
  • 2 jam 20 minit mungkin agak lama.Tetapi jika anda gila aksi CGI dan combat scene 2 jam 20 minit tidak akan terasa.
  • Owhh Michael Bay memang wajib letak unsur komedi dalam mana mana filem dia.Tidak terkecuali untuk Revenge Of The Fallen
  • Amerika sangat hebat dalam filem nih T_T. (armada tentera melampau lampau hebat)

Saya nak tengok second round.

Bye.

Melawat Kekasih Lama

June 21st, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

ct

Hahaha…tajuk memang tak boleh blah.Tak pasal pasal kena hambat dengan Dato K nanti.Apa apa pun kalo dah tahap kipas susah mati nih.Letak arr ceruk mana pun atau badai sebesar tsunami melanda pun demm aku memang minat gila dengan Siti nih,hahaha luar kata menyampah tapi dalam hati minat jugak.Setakat nih Siti Nurhaliza still no 1.

Woo Siti  mahu buat konsert hujung minggu nih.Nak tengok ke tak ar ? Tak penah pegi pun satu konsert dia nih.Untuk pengetahuan anda lokasi konsert adalah Istana Budaya.Tarikh konsert dari 26-28 Jun 2009.Sapa nak beli tiket online sila klik sini.Harga tiket dari RM 80,RM120, RM250 dan RM300.

Transformers ke Siti ?

20 Sahaja

June 18th, 2009 | Comments | Posted in Myself

dianaEntri baru kali ini dimulakan dengan :

1.Alhamdulillah saya sihat walafiat.Anda bagaimana ? Ada sihat ?

2.Office saya ada setting baru.Susunan meja baru.Nice.Suke.suke.

3.Mazda 3 baru sangat lawa hensem bergaya.Buy me one.I will marry you.

4.Saya sudah ketagih berlari.Susut 3 inchi.Sekarang 31″.Kembali pakai seluar slack lama.

5.Keseluruhan tentang diri saya.Hati berbunga bunga.Entah sebab apa tah.Hati agak tenang dan lega.

6.Diana Danielle baru keluar PLKN.Ada perubahan.Saya rasa dia makin cantiklaaa.Selamat sambung belajar.Semoga menjadi insan yang berguna.Ikhlas nih bukan sindir sindir.

7.Boss cakap kena sentiasa fit sebelum dan selepas kahwin.Cakap boss memang betul.Saya setuju.

8.Emak saya cakap dekat adik perempuan saya,orang perempuan yang belum kahwin kena pandai jaga badan.

9.Shanana sudah berjaya mengembangkan ideologi balanisme dan machanisme di office.

10.Kindness matters.It’s good for your health !

11.Give and it will be given unto you.Betul.Tak tipu punya.

12.Saya dah tahu nak rembat kereta ape secara specifik.

13.Bulan Jun nih ramai orang sambut hari lahir.Adik saya 4 orang lahir bulan Jun.

14.Selamat Hari Lahir kepada Badari-kun. ^-^

15.Saya mahu tengok Revenge Of The Fallen.Errr dan mungkin juga Hannah Montana.Muhahahahahaha.

16.Sekarang saya tahu mengapa saya suke Taylor Swift.

17.Biar sewel jangan busuk hati.

18.Janganlaaa gopoh gopoh.Bila anda rakus sangat atau kurang sabar.Anda kurang menarik.

19.Be prudent tapi bukan kedekut.

20.Saya rasa anda perlu berlajar cashflow.

Tags: , , ,