| Subcribe via RSS

10 Sahaja

May 25th, 2009 | Comments | Posted in Myself
  • Bulan Mei ini adalah bulan yang penuh dengan training dan workshop yang perlu diattend.Seronok tetapi sangat penat.70% kehadiran untuk bulan ini adalah di luar office sahaja.
  • Hari ini ada staff baru masuk lagi.Sangat ramai untuk kali nih.23 orang sumernyer.Nampak sangat species lelaki semakin pupus atau pun mereka berada ditempat lain ?
  • Saya ada cuti yang wajib diambil.Kalau tak ambil sangat rugi.Apa kata saya pergi melawat orang kesayangan.Menarik tuhh..
  • Musim bola dah abis.Tahniah kepada Man U.Sajer ucap tahniah lambat.Mengikut statistik,Liverpool adalah pasukan paling profilik dan berbisa untuk musim ini hanya mereka kurang tuah.Takper boleh cuba lain kali.Tahun depan Arsenal kena menang!
  • Newcastle United kena tendang dari Liga Perdana untuk musim depan.Kesian.Tapi saya tak kisah pun.
  • Kereta Proton yang dipinjamkan kepada saya semasa saya belajar sudah kena jual untuk dibuat downpayment kereta baru tapi itu bukan kereta saya.Wahh kereta itu sangat penuh dengan nostalgia.Tak dapat dilupakan berpusing 720 darjah di Cyberjaya.Nasib baik takder kereta langsung masa tuh dan tak langgar mana mana bahu jalan.Nampaknya saya kena beli kereta saya sendiri selepas ini.Bukan tak nak beli langsung atau kedekut,hanya menunggu masa yang sesuai.
  • Krisis politik dekat Perak memang macam orang takder otak.
  • Baru perasan AF7 dah abis.Tak ambik peduli pun sapa yang menang.Kalau Astro teruskan juga AF8.Tahniah.Astro ternyata bangang.Cukup cukuplaa membangangkan rakyat Malaysia nih.
  • <edited>
  • Saya rasa penyataan “Be careful for what you wish for ” adalah sangat benar sekali.

Mari Modified Kereta

May 17th, 2009 | Comments | Posted in Kereta

Ada orang kata modifikasi kereta adalah membazir wang sahaja.Bagi aku jawapannya adalah ya dan tidak.Ya jika modifikasi anda tak membawa sebarang faedah.Tidak jika anda tahu bagaimana caranya.Tapi jika anda berminat mari aku kongsikan 5 modifikasi yang dijamin tidak mengarut.Baiklah aku akan meracun kalian sekarang.Jangan salahkan aku jika poket kalian nipis selepas ini.Sila rancang kewangan kalian  terlebih dahulu jika berminat untuk melakukannya diatas kereta anda sendiri dan jika tidak biar sahaja kereta kalian  dalam keadaan “stock”.

More »

Tags: , , ,

Pergi tak disuruh datang tak diminta

May 13th, 2009 | Comments | Posted in Manusia

3493276150_bed80cb751Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang-cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu terpandang-pandang
Pergi tak disuruh, datang tak diminta
Andai sudah jodoh, insyaallah
Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat
Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedap di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur

Lirik yang mempunyai maksud yang mendalam.Terus mendapat idea cara cara mengekalkan hubungan yang baik dan berkekalan sepanjang hayat sesama pasangan.

Jujur

Cakap memang senang.Anda hendak pasangan anda jujur.Tapi anda sendiri tidak jujur.Apa kes.Paras rupa cantik menawan dan hensem bukan alasan untuk pasang lain walaupun anda mempunyai ramai peminat dan berkemampuan buat begitu.Kena ingat satu hari nanti mungkin kelebihan tersebut kena tarik balik.

Ikhlas

Ini pun lagik satu.Cakap memang senang.Try buat tengok.Kalau hendak mencari pasangan pasanglah niat nak kahwin bukan sebab nak main main.Bukan ada udang disebalik batu.Belajarlah memberi tanpa mengharapkan balasan.Jangan suka dan sayang bila kemahuan anda dipenuhi benci dendam bila kehendak anda ditolak.

Realistik

Hidup ini bukan selalunya cerah.Anda kena ingat akan ada hari hari mendung.Belajar dari kesilapan lampau.

Empati

Belajarlah mendengar dengan baik dan jadilah pendengar yang ikhlas.Bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Jangan hendak puaskan keinginan anda sahaja.

Tidak kalis kecewa

Turunkanlah perisai hati masing masing.Kalau dah semua ingin menjaga hati masing masing daripada disakiti.Kompem dua dua akan sakit hati.

Bukan pertandingan

Bila bercinta bukan tempat tunjuk siapa lagi hebat.Frasa jika kau boleh curang aku pun boleh.Kau ada spaire aku pun ada juga.Sepatutnya tiada.Nak lawan sila masuk pertandingan lain.

p/s:Hanyalah observasi penulis semata mata.Tidak ditujukan khusus kepada mana mana pihak.