| Subcribe via RSS

Tomok Bakal Jutawan ?

April 30th, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

tomokTomok Shah Indrawan aka Tomok.Anda kenal beliau? Saya bilang anda mesti kenal.Kalau anda tak kenal.Takper.Tomok adalah vokalis utama kumpulan boy band Newboyz.Zaman tuh saya masih sekolah menengah lagik.Tomok pun sama.Kire sebayalaa.

Saya tidak tahu anda puak yang mana satu sama ada penyokong Tomok atau pengutuk tegar.Saya selalu kutuk time dier masa dia muncul bersama Newboyz sebab suara dia sangat sengau.Kutuk suara dia jer.Jambu tapi sengau.Budak perempuan kelas saya ramai juga suka Tomok nih.Kenapa Tomok ? Macam nak dekat dekat nama tempoyak jer.

Selepas itu kurang sangatlaaa kedengaran nama Tomok.Seperti hilang ditiup angin.Tiba tiba nama Tomok muncul kembali! Owhh mamat nih sudah join One In A Million.Saya sangat terkejut.Tomok sudah berubah seperti saya juga yang sudah berubah.Persembahan Tomok dalam OIAM sangat menarik.Showmanship sangat bagus walaupun suara beliau belum cukup power seperti Faizal Tahir tapi Tomok sangat konfiden.Orang yang konfiden sangat menarik ok.[hint ! hint! ]

Owhh jangan salah faham.Saya bukan gay OK.

Kini Tomok sudah dalam Top 3.Adakah Tomok akan menang 1 juta Ringgit Malaysia atau kempunan seperti Faizal Tahir yang tewas kepada Suki ?

RM  1 juta sangat banyak.

p/s:Juri Safinas sangat suka Tomok.Nasib baik Safinas sudah berumur.

edited:beliau sudah pun menang RM 1 juta !

Pisang Busuk

April 29th, 2009 | Comments | Posted in Myself

Misha Omar, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Misha Omar. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Misha Omar sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Misha. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Misha Omar.

Misha Omar mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg.

Arsenal Kesayangan

April 27th, 2009 | Comments | Posted in BPL

fabLama gila gua tak tulis pasal bola kat sinih.Hari nih gua nak tulis pasal bola jer.Hari Sabtu lepas gua layan bola Selangor lawan Kelantan.Hah sapa kata gua nih pegi dating je keje hujung hujung minggu.Tak OK.Tapi gua layan dalam tv aja.Perghh gua tengok macam stadium berdarah ja…penuh ngan merah.Orang Kelantan memang ramai kat KL nih…jadi gua tak heranlaa kalo stadium bukit jalil tuh hampir penuh.Cess gua ingat 90 minit Selangor boleh setel.Sekali penalti.Masa Kelantan score dulu…gwer dah gabra dah…demm getus hati gwer…eksyen laaa member member kelantan gwer kali nih….tapi xpa..Amri Yahya memang terbaekk.Minit yang ke seratus kapten Selangor score.Arghh kompem penalti ahh nih.Kalo penalti nih Selangor memang selalu bernasib baik.Tahniah kepada team Selangor gua…hahaha walaupun gua lahir kat Negeri Sembilan tapi gua sokong Selangor ahh..lama gila duk sinih.Kelantan pun main OK.Kalau Indraputra score dan tak kena palang.Memang Kelantan dah menang dah.

Harituh gua tengok Abam Arshavin main lawan Liverpool.Memang terbaekk punya aksi.Pasukan Arsenal gua memang tak boleh menang BPL dah…tapi gua rasa team Arsenal gua memainkan peranan menentukan siapa juara kali nih.Walaupun pasukan Abam Do leading skang nih.Malam tadi Abam Fab score dua kali.Lama gila gua tak tengok dia score.Hahaha bagus bagus.Syabas bete syabas.

Memang menarik nanti bila team Abam Arshavin lawan team Abam Do dalam Champion League nanti.Hahaha gua harap sangatlaaa team gua menang.