| Subcribe via RSS

Kisah Arnab dan Kura-kura

March 26th, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

arnabkura1

Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.

Pengajaran dari cerita ini ialah “biar pun lambat asalkan berhati-hati memberi pengakhiran yang baik.”

Inilah cerita yang telah disampaikan oleh emak ayah, datuk nenek kita turun temurun sejak dulu. Tapi cerita itu tidak berakhir di situ…ada sesuatu yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi…

Arnab sangat kecewa dan dia mengkaji kenapa dia boleh kalah dalam perlumbaan itu. Kemudian dia menyedari bahawa kekalahan itu hanya disebabkan dia terlebih yakin , tidak cermat dan lalai. Sekiranya dia bersikap lebih berhati-hati, tentu dia dapat mengalahkan kura-kura tersebut. Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Kura-kura bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi pemenang dalam perlumbaan itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah “It’s good to be slow and steady, but it’s better to be fast and reliable.”

Tapi cerita itu tidak berakhir di situ…ada yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi…

Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji. Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan yang sama. Kemudian dia mencabar arnab untuk mengadakan satu lagi perlumbaan tapi kali ini perlumbaan itu harus mengikut jalan-jalan yang lain. Arnab bersetuju. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab berlari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga dia sampai di sebatang sungai yang lebar. Dia tidak ada cara untuk menyeberangi sungai itu bagi menamatkan perlumbaan. Arnab berjalan mundar-mandir di situ sambil berfikir apa yang harus dilakukannya untuk sampai ke garisan penamat di seberang sungai tersebut. Sementara itu, kura-kura sampai di situ dan dengan mudah sekali dia berenang menyeberangi sungai tersebut. Akhirnya kura-kura memenangi perlumbaan itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah “hendaklah mencari kekuatan dan keistimewaan diri sendiri terlebih dahulu kemudian tukar strategi mengikut kekuatan dan keistimewaan tersebut bagi mencapai sesuatu kejayaan.”

Owhh cerita ini belum habis lagi…ada yang sangat menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi begini….

Disebabkan tiga perlumbaan sebelum ini, arnab dan kura-kura telah menjadi kawan baik. Mereka membuat kajian dan berfikir bersama-sama. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan terakhir tetapi kali ini mereka akan berlumba secara berpasukan. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab membawa kura-kura lari sepantas mungkin tanpa berhenti sehingga sampai ke tebing sungai. Di sini, kura-kura pula mengambil alih. Dia berenang menyeberangi sungai tersebut dengan membawa arnab di belakangnya. Apabila tiba di seberang sana, arnab lagi sekali membawa kura-kura berlari sehingga mereka sama-sama sampai ke garisan penamat. Di dalam perlumbaan terakhir ini, kedua-duanya sangat berpuas hati jika dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini.

Pengajaran dari cerita ini ialah “adalah bagus untuk menjadi individu yang cerdik tetapi adalah lebih bagus jika kita bekerjasama dalam satu pasukan kerana di dalam bidang yang kita tidak berkemahiran, ia akan ditampung oleh orang lain yang berkemahiran dalam bidang tersebut.”

Perhatikan dalam cerita di atas, kura-kura dan arnab masing-masing tidak berputus asa. Mereka sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlumbaan demi perlumbaan walaupun ada ketikanya mereka terpaksa menukar strategi perlumbaan.

Melalui cerita di atas juga, kita mendapat satu lagi pengajaran yang berguna. Apabila kita berhenti berlumba untuk mengalahkan seseorang dan memulakan perlumbaan untuk mengubah situasi, kita boleh melakukan yang terbaik dan mencapai yang terbaik.

Samalah juga dalam kehidupan,tidak kisahlah anda sedang berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang,mengumpul duit,mencari pekerjaan impian,mencari teman hidup,menjadi hartawan atau ingin berjaya dunia dan akhirat,anda mungkin gagal untuk pertama kali.Jadi kita perlu berusaha dengan lebih giat lagi malah ada ketikanya kita perlu menukar strategi dan mencuba sesuatu yang baru dan berbeza. Ada kalanya kita perlu meletakkan usaha dan strategi yang berbeza itu bergandingan agar kita mendapat hasil yang memuaskan.

Sekian terima kasih.HOHOHO

Setan Merah

March 23rd, 2009 | Comments | Posted in BPL

red faced

Bila Manchester United kalah dengan Liverpool 1-4 dua minggu lepas,hati saya melonjak gembira.Tapi bila Manchester United kalah dengan Fulham 0-2.Waduhhh.Ini sudah sengal.Manchester United bermain sangat teruk sekali.Liverpool pula baru habis membelasah Aston Villa 5-0.Harap mereka dibelasah teruk oleh Manchester United hujung minggu ini.Hehehe jangan bagi mereka masuk Champion League.Owhh saya sangat keji demi kepentingan Arsenal semata-mata.

Liverpool pula perlu bekerja keras jika hendak menang gelaran liga musim ini.Tak boleh kalah atau seri lagi.Tapi mestilah sesuatu yang mustahilkan sebab mereka akan bertemu Arsenal.Hahahaha kami akan menggangu impian anda untuk memenangi gelaran liga musim ini.Begitu juga dengan Chelsea.

Arsenal pula sudah menunjukkan peningkatan kembali.Mungkin faktor besar adalah pulangnya ramai pemain yang baru pulih dari kecederaan.Yerlaa tekanan pun kurang untuk memenangi gelaran liga musim ini.Paling tinggi pun mungkin tempat ketiga.Tapi kami masih ada peluang untuk Piala FA dan Piala Juara Juara Eropah.

Jika ditakdirkan Arsenal mengalahkan Manchester United-Liverpool-Chelsea dan lain lain perlawanan mereka menang.Juara adalah Manchester United.Kedudukan terakhir jika perkara ini berlaku:

  1. Manchester United 89 mata maksimum (kalah kepada Arsenal)
  2. Liverpool 85 mata maksimum (kalah kepada Arsenal)
  3. Chelsea 85 mata maksimum (kalah kepada Arsenal)
  4. Arsenal 79 mata maksimum (menang semua baki perlawanan)

man-fix

liverpool_fix

Mungkin perkara diatas terlampau indah untuk berlaku.Ok katakan Liverpool menang semua dan Manchester United hanya kalah kepada Arsenal.

  1. 1.Manchester United 89 mata maksimum (kalah kepada Arsenal)
  2. 2.Liverpool 88 mata maksimum (menang semua baki perlawanan)

Tengok.Manchester United masih mendahului.Owhh sangat keji laa nih.Asyik ada satu perlawanan kurang jer derang nih dan Manchester United memang sengal kalau kalah lebih dari sekali lepas ini.

Broadband Murah

March 21st, 2009 | Comments | Posted in Teknologila

dgb1

Ini sangat menarik.Saya baru saja tahu bahawa DIGI baru sahaja melancarkan plan broadband mereka sendiri.Disebabkan saya malas nak tulis banyak banyak saya tertarik dengan satu pakej dari tiga pakej yang ditawarkan.

Nama pakej broadband DIGI ini dipanggil Discovery pakej.Yuran langganan hanyalah RM58 sebulan.Lebih murah dari Celcom sebanyak RM 10.Pakej asas Celcom broadband adalah RM68 sebulan dengan kelajuan maksima 384 Kbps sahaja.Digi kata kelajuan purata adalah 700 Kbps dan mungkin lebih tinggi jika bilangan pengguna kurang ketika waktu bukan puncak.Jumlah muat turun data adalah sebanyak 3GB untuk sebulan.2GB kurang dari Celcom Broadband.

Point – point yang menarik :

  • Tiada yuran pendaftaran atau upfront fee
  • Bayaran pendahuluan adalah untuk sebulan sahaja
  • Yuran bulanan hanya RM58 dan RM88 jika beserta pakej ansuran bulanan untuk modem sekali selama 12 bulan.Kembali RM 58 setelah masuk bulan yang ke-13.
  • Tiada kontrak.Tiada yuran penalti.Hanya perlu bayar baki ansuran untuk modem sahaja.
  • Modem anda boleh simpan.Hak milik kekal setelah dah habis bayar ansuran.
  • Sangat sesuai jika anda banyak bergerak sekitar Lembah Klang.

digib

Kelemahan mungkin liputan 3G masih kurang berbanding dengan Celcom Broadband jika diluar Lembah Klang.Tapi memang ancaman kepada Celcom bila Digi punya liputan dah establish nanti.

Woo rasa macam mau tukar jer.

Tags: , ,