| Subcribe via RSS

Sound Bite

February 28th, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

1.Seperti biasa entri dimulakan dengan Champion League.Arsenal menang 1-0 untuk pusingan pertama menentang AS Roma.Yeahh,aku suka.Harap pasukan Mourinho lebih menonjol di pusingan kedua :P

2.Aku letihla baca berita nasional tiap tiap hari.Asyik gaduh jer laa ahli politik Malaysia nih.Tak larat nak marah dan sudah muak untuk mengutuk mereka yang kurang akal ini.

3.Pak Lah nak hujung hujung senja nih siap boleh buat kelakar pulak.Oklaa syukur tol tak naik sampai hujung tahun nih.Tapi hairan,keputusan untuk menaikkan harga tol kata adalah keputusan kabinet.Pak Lah bukan dalam kabinet ker ? Jadi macam mana boleh setuju masa awal dahulu ?

4.Kalau harga tol dinaikkan juga pada waktu sekarang,aku rasa memang mereka tiada empati langsung.

5.Menteri Kerja Raya kata kenaikan adalah minimal.Minimal bagi dierlaa….menteri mana perlu bayar tol.Ader pulak bekas menteri kata baru terasa bebanan membayar tol sebab masa jadi menteri dulu tak ambik pusing pun sebab masa tuh percuma.

6.Rasional atau tidak kenaikan harga tol yang diumumkan itu belum pasti.Bisnes pun bukannya badan kebajikan.

7.Terima kasih kepada  semua ahli politik Malaysia,anda telah berjaya menanamkan persepsi ke dalam minda separa sedar diriku ini sebenarnya mereka bekerja untuk periuk nasi masing masing sahaja.”No one care about you.They just care themselves.”

8.Sekarang ni ramai manusia mempunyai polisi “Anda perlu berbuat baik dengan saya sebelum saya berbuat baik kepada anda kembali”.

9.Tidak ramai manusia yang ingin berbuat baik tanpa pedulikan balasan yang diterima setimpal atau tidak.

10.Peraturan Tatatertib FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) adalah untuk menjaga ego FAM sahaja.Tak boleh nak tegur sikit.

Snippets

February 18th, 2009 | Comments | Posted in Saya Fikir

ed

  1. Snippets hari ini dimulakan dengan kepulangan Eduardo.Fuhh setahun lebih tak main,first game selepas rehat yang panjang terus sumbat 2 gol dalam perlawanan menentang Cardiff dengan keputusan 4-0.Dua gol lagi oleh Van Persie dan Nicklas Bendtner.
  2. Inter Milan menang melawan AC Milan.Andriano dan Dejan Stankovic meyumbat 2 gol.
    1. Inter 56 mata
    2. Juventus 47 mata
    3. AC Milan 45 mata
  3. Beckham mungkin kekal di AC Milan selepas ini.Mamat nih takder selera nak main bola dekat MLS.
  4. Barcelona sudah menjarakkan 10 mata di hadapan Real Madrid.Begitu jugan dengan Man.United jika menang melawan Fulham esok.
  5. Hari ini ada 2 cerita pasal bogel dan seks di akhbar.
  6. Satu pasal YB tidur bogel dan aksinya ditangkap oleh papparazi.YB itu telah meletak jawatan.Sangat memalukan bagi beliau.
  7. Aksi seks haram di bilik X-Ray sebuah hospital.Aksi pasangan ini sangat daring sekali.Memang boleh masuk industri pornografi.Bukan sekali.Megikut maklumat internet sudah ada lebih 7 siri.
  8. Saya rasa perempuan ini sudah ketagih.
  9. Aksi memalukan pasangan ini membawa imej yang buruk kepada golongan yang bertudung.
  10. Membuatkan saya lebih skeptikal kepada wanita bertudung walaupun bukan semua wanita bertudung adalah talam dua muka.Tapi kebanyakkannya mereka sangat horny.
  11. Saya rasa zaman sekarang cara pemakaian adalah sangat delusional kepada yang melihat.
  12. Pagi tadi saya terserempak dengan seorang perempuan yang sangat sweet.Berbaju kurung hijau daun pisang.
  13. Beliau menghadapi kesukaran untuk meletak kenderaan beliau di petak parkir dengan betul.Tapi akhirnya berjaya juga akhirnya.Nasib baik saya tak rembat dulu tempat parkir perempuan tersebut kerana saya tak sekejam itu.
  14. Saya perasan perempuan tersebut melihat saya semasa sedang memakai kasut dan beralih dengan segera bila saya mengarah muka saya ke arah beliau.Dia tersipu sipu.
  15. Saya terjumpa perempuan itu kembali di pintu lift.Entah macam mana mulut saya tersenyum.Baru nak kontrol.Tapi dier senyum balik.
  16. Saya rasa dia lebih sweet dari minah yang si Khairi tuh jumpa haritu masa dalam bas.HAHAHA.

Sekian.

Akademi Fantasia Ada Lagi

February 11th, 2009 | Comments | Posted in Semasa

AKAF7

Akademi Fantasia 7 kembali.

Mengulas mengenai gandingan tenaga pengajar baru dan lama untuk musim baru yang akan memulakan konsert mingguan pertamanya pada 14 Mac depan, kata Khairul, dia yakin kombinasi tersebut mampu memehuhi ‘tagline’ AF7 iaitu “satu transformasi akan berlaku”. -mstar

Bagi aku Akademi Fantasia adalah rancangan yang paling “pathetic”.Dalam dunia “dog eats dog”,hanya yang menarik dan terbaik akan “survive”.Jika anda adalah salah seorang peserta AF7 musim ini,lupakanlah hasrat anda untuk muncul dengan album sendiri sebelum menjadi sewel seperti salah seorang bekas peserta AF2.Yang paling untung adalah Astro dan Maxis.

Sila rujuk keratan akhbar Berita Harian 16 Mei 2005

RIYADH: Ulama Arab Saudi mengeluarkan FATWA menyatakan rancangan realiti televisyen popular Arab adalah satu jenayah dalam Islam kerana ia menggalakkan perbuatan tidak berakhlak.
Star Academy mengumpulkan bersama 16 belia Arab dalam sebuah rumah kongsi untuk bersaing mendapatkan kontrak rakaman.

Ulama mengecam program itu kerana ia memaparkan pergaulan bebas lelaki dan wanita.

Dalam kenyataan menerusi internet, mereka mendesak pemenang rancangan itu, Hisham Abdel Rahman yang berusia 24 tahun, supaya bertaubat kepada Allah.

“Kami meminta belia terbabit dan semua mereka yang turut serta, dan kesemua pihak yang membuat liputan media atau hadiah atau undi, kami menasihatkan mereka memohon ampun kepada Allah,” kata 63 sheikh menerusi laman web al-Wifaq.

Sesiapa yang ada kaitan dengan rancangan berkenaan, termasuk beberapa ribu penonton yang menyaksikannya, juga diminta segera bertaubat. – Agensi

Bagi aku rancangan ini sangat tahi.Kenapalaa ramai sangat Melayu masuk ?