| Subcribe via RSS

Kamu yang bawa ku terbang

February 1st, 2010 | Comments | Posted in Manusia

Mata Ke Mata..
Ke Hati..
Hati ke Hati..
Hati Hati..

Bibir Ke Bibir..
Bicara Janji..
Janji Ke Janji..
Jadi Hujan…

Rindu ke Rindu..
Termimpi mimpi..
Hari Ke Hari..
Nanti di nanti..
Menanti Pasti..
Pasti Disisi..
Sisiku Kini..
Ternanti nanti..

Bila diceritakan tentang cinta
Segalanya muncul sekelip mata
Semuanya di depan matanya dia
Makan tidur pun tak lena

Dia… cinta…
Dia… sayang…
Aku… dicinta…
Aku… disayang…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya..

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Kita berdua kian bermesra
Rindu makin membara
Kita berdua bermain kata
Pasang surut tak endah

Dia… cinta…
Dia…. sayang…
Aku…. dicinta..
Aku… disayang…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Mata hati jiwaku…
Seluas langkah di
Sebesar cubisan
Namun segitiga bermuda

Ku ganti sungai merah
Dengan darahku
Rinduku meragutkan
Kehangatan cinta kita

Mungkin tidak sehebat mana
Ku di pertikaikan kasih
Ku bukan tempat dua ketiga
Di hati ku cuma kau yang satu
Seterusnya nyatanya hanya
Dirinya jiwanya
Jiwa ku rentas benua
Warna angkasa cinta
Cintalah kamu…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

p./s:Adnan Sempit memang membuatkan ususku sakit.Penat gelak.

Yang Mana Satu Pilihan Hati ?

January 25th, 2010 | Comments | Posted in Kereta

Wei,macam mana nak tukar minyak hitam … ?

Senang sahaja.Pegi kedai spare part….mintak kat tauke,tauke bagi minyak enjin <sile isi tempat kosong>,oil filter dan air filter skali untuk kereta <sile isi sendiri>……Lepastu bawak pegi workshop suruh derang tukarkan.Bayar RM10-RM15 untuk upah tukar.Siap .Hehehe..

Macam mana nak pilih minyak enjin atau nama glamernya minyak hitam.Ada macam macam brand dan macam macam rating.Ada 0W-40,ada 5W-40,ada 10W-40,ada 15W-50.Warghhh tak pernah tengok benda jadah ini semua… ?Huuuuu kesian sungguh.Kalau anda pakai kereta tapi tak pernah tahu,sungguh kesian skali.Betul beb…bukan ape,silap pilih mungkin anda rasa  enjin anda berat dan rasa macam makan minyak banyak.

Aa…nak pilih senang sahaja.Kalau anda tengok pada botol minyak enjin anda akan nampak nombor seperti 0W-40,5W-40,10W-40 dan macam macam lagi.Tapi huruf “W” memang takkan miss.Ini semua adalah rating kelikatan minyak masing masing.Sebenarnya bacaan tersebut adalah multi-grade.Maksud saya macam “0W” satu grade -manakala “40″ satu grade lagi.Bila gabung jadi 0W-40.

Lagi rendah nombor disebelah kiri “W” minyak tersebut masih mudah lagi ia mengalir pada keadaan sejuk.Ermm kalau anda tinggal dekat area yang ada salji banyak.Mungkin anda perlu gunakan rating 0W atau 5 W.Kalau tak…silap silap minyak enjin anda beku.Tapi tak jadi masalah kalau anda guna rating ini dekat Malaysia.Minyak mudah mengalir di semua sudut enjin ketika cuaca sejuk.Macam anda keluar rumah pagi pagi lepas hujan nak pergi kerja.

Untuk rating yang satu lagi adalah rating sampai mana molekul molekul minyak tersebut boleh bertahan dalam keadaan panas membara.Lagi tinggi rating nombor ini,lagi lama minyak ini boleh bertahan sebelum molekul minyak ini mula berpisah antara satu sama lain.Lagi tinggi rating maka minyak juga akan lebih tebal.Err…sangat pekat.Tak cair macam air.

So nak pilih yang mana satu.Mengikut pengalaman patik.Untuk mereka yang selalu terperangkap dalam trafik jem dan umur kereta masih baru boleh pilih 0W-40 ,5W-40 kalau banyak duit.Hehehe mahal oo…kalau minyak rating nih.Brand yang femes dekat Malaysia adalah seperti Mobil 1 dan Castrol Edge.Ada jugak brand lain.Tapi yang ini memang selalu nampak.

Tapi all around untuk kereta kereta biasa mestilah 10W-40.Kegemaran patik mestilah Castrol Magnatec atau Eneos.Senang cakap :

-Untuk economy driving,banyak stop and drive,keluar pagi -Rating 0w-40,5W-40,10W-40

-Untuk economy driving,banyak stop and drive,keluar pagi dan kapasiti enjin kurang dari 1000 cc  – Rating 10W-30,5w-30

-Untuk high performance engine Rating 0W-50,0W-60.

Pening pening sangat beli sahaja rating 10W-40 kalau anda pakai kereta biasa bukan turbo.Boleh kata all around dekat Malaysia.Mahal pun  tak mahal sangat.




Tags: , , , , ,

Kajian Kes:How To Save Money

January 17th, 2010 | Comments | Posted in Bijak Wang

Hai nama saya Miera ( hampir kepada nama sebenar).Umur saya 24 tahun.Bekerja sebagai salah seorang majikan bank nombor satu Malaysia.Alhamdulillah kini saya sudah ada pendapatan tetap.Hidup di KL memang banyak pakai duit.Sini duit sana duit.Boleh kata semua kena pakai duit.Tapi saya bersyukur sebab saya terbuka hati untuk mengurus dengan wang lebih cermat tak seperti zaman belajar belajar dulu.Jadi saya nak berkongsi tips yang saya ada ini,manalaa tahu akan berguna untuk sesiapa pada masa depan.

Oklaa bayangkan pendapatan saya RM 3000 sebulan.Tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO,maka tinggalah RM 2650 sebulan.RM 2 ribu lebih takderlah banyak kalau anda hidup di KL nih.Jadi cara untuk tahu berapa banyak yang boleh saya simpan adalah dengan mengira jumlah perbelanjaan saya sebulan.

Perbelanjaan saya, saya bahagikan kepada dua.Fixed Expenses dan Dynamic Expenses.

Fixed Expenses adalah perbelanjaan yang jumlahnya malar setiap bulan.Dynamic Expenses pula boleh berubah-ubah setiap bulan.Jadi fixed expenses saya adalah monthly installment bulanan kereta Viva comel saya.RM 500 sebulan.Setakat ini ,ini sahajalah fixed expenses saya.

Manakala Dynamic Expenses adalah seperti:

-Tol.Saya kena bayar RM 1.60 setiap hari x 5 hari x 4 minggu = RM 32
-Minyak kereta.RM30 seminggu x 4 minggu = RM 120
-Basuh kereta.RM 8 seminggu x 4 minggu = RM 32
-Makan tengahari/breakfast.RM 6 sehari x 5 hari x 4 minggu = RM 120
-Parking Fee.RM 7 x 5 x 4 = RM 140
-Prepaid Top-Up. RM 50 sebulan
-Lain-lain.RM 100 sebulan

Dynamic Expenses adalah bahagian yang anda boleh main untuk kurangkan perbelanjaan.Contoh minyak kereta-tol-parking boleh kurang jika anda dan rakan rakan office yang satu aliran traffik ke pejabat berkongsi kereta.Penjimatan dari 50% dan ke atas boleh dibuat.Banyak tuh.

Dari sini juga anda boleh buat easy budgeting.Sebab anda tahu average perbelanjaan anda setiap minggu.Anda tahu berapa anda perlu keluar dari ATM.

Memandangkan saya anak perempuan yang masih tinggal bersama ayah dan emak.Maka tiada sewa rumah,bil air letrik dan sewaktunya.Jadi jumlah perbelanjaan saya adalah RM 1094.00 sebulan.Tolak dari gaji bersih maka tinggal RM1556.00.Jadi RM 1556.00 adalah baki gaji saya.Saya ambil figure RM 1400 yang boleh saya simpan setiap bulan.Mungkin akan ada expenses lebih untuk certain month.

RM 1400 x 12 = RM 16,800 setahun.

*Strategi tahun pertama bekerja:Simpan semaksimum mungkin.Dumpkan dalam ASB atau Tabung Haji sahaja.

*Strategi tahun kedua:Sama macam  tahun pertama lagi bagus.Boleh fikir beli kereta kalau mahu (asalkan masih dalam zon yang mampu)

*Sentiasa simpan minimum RM 500 sebulan.

*Belajar kawal keinginan untuk beli benda mewah.Nokia N97 ? Iphone ? Memang fancy.Tapi bila difikirkan balik,saya boleh survive tanpa semua ini.

Yang penting kena pandai asingkan yang mana perlu atau tidak.Siapa bilang kumpul duit kahwin itu susah kalau nak kahwinlaa kan kan kan ….. ;)

p/s:She’s gonna kill me if she find out this.